Monday, January 19, 2009

45,000 pekerja kilang diberhenti

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.
“Ini kerana permintaan terhadap pengeluaran kilang yang berkurangan pada masa itu menyebabkan langkah ini (pemberhentian sementara) dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Agro Explosion 2009 Seminar & Workshop anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, sehingga 12 Januari lalu, seramai 14,000 pekerja dari pelbagai sektor telah diberhentikan kesan daripada kegawatan ekonomi global.
Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 15,000 jawatan kosong dalam pelbagai sektor di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia.
‘‘Kita juga telah menyediakan sebanyak 80 buah pusat pemantauan pemberhentian pekerja di pejabat-pejabat Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan mendapatkan maklumat termasuk mendaftar bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada,’’ katanya.








Google Groups

Subscribe to VssClub

Email:


Visit this group

Monday, December 1, 2008

Kursus Tanam Cendawan

Untuk lanjutan mengenai cendawan, sesiapa yang berminat untuk menanam cendawan, krusus ada disediakan

Pusat Latihan dan Kajian Atiqah Trading Agrotech, akan menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram setiap awal, pertengahan dan akhir bulan.
Kursus bakal diadakan pada 13 dan 27 Disember ini di ladang Al-Fadtullah Mushroom Tanjong Malim, Perak.
Pada kursus tersebut, peserta akan didedahkan tentang cara penanaman cendawan tiram dan cendawan lain dari segi teori dan juga praktikal oleh pemilik ladang, Dr. Johari Mat Isa.
Syarikat tersebut telah berjaya mengeluarkan lebih 700 orang peserta dari pelbagai pelosok negara serta Brunei.
Ramai kalangan peserta syarikat tersebut telah mempunyai ladang sendiri dan ada yang telah pun berhenti kerja.
Peserta juga diajar cara pemasaran dan juga membuat pinjaman.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Haji Dr. Johari dan Alia di talian 05- 4541635 atau 019-3544888. Penyertaan adalah terhad

Subscribe to VssClub
Email:


Visit this group

Bekas doktor tanam cendawan shiitake

salam, salah satu peluang perniagaan yang boleh memberikan keuntungan. Rencana ini saya kutip dari utusan online Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah, dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.
Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan hanya penting untuk makanan semata-mata.
Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan, ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana ekonomi.
Malah, dengan perkembangan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.
Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas) dan Agarcius braslllensis (cendawan butang), Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi), Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).
Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.
Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.
Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.
Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.
“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan perusahaan tanaman tersebut.
Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.
Cendawan, shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.
“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak cili api dan serunding.
“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanadam, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.
Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol.
Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama semasa inokulasi.
Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg tetapi perlu ditegakkan.
Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria.
Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.
Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk proses kultur tisu.
Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga.
Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hibrid gunung tersebut.
Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.
Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya membentuk koloni.
Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.
Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada hari kelima.
Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar raya besar.
Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.
Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio_future.com.


Google Groups

Subscribe to VssClub

Email:


Visit this group

Saturday, November 29, 2008










Google Groups
Pekerja kilang paling awal diberhenti kerja
PETALING JAYA – Pekerja industri elektrik dan elektronik dijangka menjadi kumpulan terawal diberhentikan kerja dalam suasana kemelesetan ekonomi dunia yang sudah pun berlaku.
Sektor itu menjadi sasaran awal berikutan kebanyakan kilang-kilang besar itu dimiliki syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, banyak syarikat AS sudah terasa bahang kemelesetan apabila permintaan terhadap produk masing-masing susut.
“Kesan pemberhentian pekerja ini akan terasa dulu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan kemudian Lembah Klang,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Buku Occupational Health For Health Care Professionals di sini semalam.
Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian, sudah ada kilang-kilang yang mengurangkan jumlah pengeluaran, masa operasi dan bilangan pekerja bagi proses pemasangan.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Subscribe to VssClub

Email:


Visit this group

Tuesday, November 25, 2008

Jangan tolak permohonan usahawan

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) diseru supaya tidak mengamalkan sikap diskriminasi dan menolak permohonan pembiayaan bagi projek-projek usahawan tempatan yang berpotensi berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, DFI merupakan institusi khas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan para usahawan.
Beliau berkata, keperluan usahawan meliputi penyusunan dan penstrukturan semula kemudahan kredit sedia ada bagi mengurangkan beban kewangan perlu dilayan.
''DFI perlu memberi lebih fleksibiliti dan berbincang dengan pelanggan masing- masing untuk menstruktur kemudahan pembiayaan sedia ada mereka,'' katanya.
Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Penasihat kepad Kementerian Kewangan, Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail yang mewakili Nor Yakcop pada majlis perasmian Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DFI, di sini hari ini.
Selain itu, Nor Yakcop berharap DFI dapat mengadaptasi amalan kerja terbaik daripada bank swasta seperti dalam aspek tadbir urus korporat dan ketepatan modal.
''Sekiranya DFI menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sama seperti bank swasta maka tujuan awal penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan bagi agenda pembangunan negara akan terbantut.
''Fungsi lain DFI juga adalah menyediakan kemudahan pembiayaan yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan swasta,'' jelasnya.
Selain itu, Nor Yakcop menggesa DFI memberi penekanan kepada golongan usahawan daripada industri kecil dan sederhana kerana kumpulan tersebut merupakan segmen terpenting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Katanya, selain membantu kumpulan berkenaan daripada aspek pembiayaan, IKS juga boleh dibantu daripada sudut menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan sebagai usaha menjadikan mereka lebih bersedia dan berdaya saing menghadapi persekitaran ekonomi yang lebih mencabar.
''Pengurusan risiko juga adalah perkara penting bagi memastikan sesebuah syarikat itu lebih kukuh menghadapi sebarang cabaran pada masa depan, oleh itu, FDI boleh membantu usahawan IKS untuk mengamalkan pengurusan risiko bagi meneruskan perniagaan mereka untuk jangka panjang,'' terang beliau.
Petikan dari utusan







Google Groups

Subscribe to VssClub

Email:


Visit this group

Monday, November 24, 2008

Sumber Pembiayaan Di Malaysia

cakap2 tentang sumber pembiayaan yg ada di malaysia..mostly initiative dari kerajaan:
-cip
-pre
-seed funding mdec
-smidec
-sme bank
-mimos
-mtdc
-mara
-punb
-mosti

Sesiapa yang ada info, boleh bagitau lagi.

Payung Sebelum Diberhentikan

KEMENANGAN Barack Obama sebagai presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini membawa seribu harapan, bukan sahaja bagi rakyat AS tetapi juga rakyat di seluruh dunia, agar beliau dapat memulihkan ekonomi negara tersebut secepat mungkin.
Kejatuhan ekonomi AS menyebabkan, negara-negara lain di seluruh dunia turut menerima tempias. Kesan daripada kegawatan ekonomi tersebut termasuklah kenaikan harga barang, ribuan pekerja kehilangan pekerjaan, peniaga terpaksa menutup perniagaan, kegagalan graduan-graduan mendapat pekerjaan, rakyat terpaksa mengikat perut dan mengambil langkah berjimat cermat dan sebagainya.
Namun, kemenangan Obama tidak akan dapat memulihkan kegawatan ekonomi dengan serta-merta. Banyak perancangan rapi yang perlu dibuat, ramai pemimpin dunia yang perlu diajak berbincang dan semua ini memerlukan masa, sekurang-kurangnya setahun atau dua.
Sementara itu, organisasi yang semakin tenat tetap akan mengambil langkah memberhentikan pekerja sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan kos operasi.
Kini, angka rakyat AS yang kehilangan pekerjaan sudah mencecah 10 juta. Memang satu keadaan yang amat menakutkan.
Sebagai pekerja, anda tidak dapat lari daripada menjadi mangsa keadaan. Jadi, apakah yang perlu anda lakukan sebagai persediaan sebelum diberhentikan kerja, sama ada secara sukarela atau terpaksa?
Tindakan bersedih, bermurung dan merasa kecewa dengan apa yang terjadi hanya akan memburukkan keadaan dan tidak akan dapat membantu anda dan keluarga tercinta.
Namun, jangan terlalu cepat putus asa. Sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan kehilangan pekerjaan disebabkan kegawatan ekonomi, anda perlu membuat perancangan awal (sebelum diberhentikan kerja) dengan mengambil langkah-langkah yang disebut di bawah ini:
1. Sediakan Tabung Kecemasan. Dengan gaji yang sedia ada, ketepikan jumlah wang yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan kehidupan selama tiga hingga enam bulan yang akan datang. Ini termasuk perbelanjaan untuk membayar pinjaman rumah, kereta, makanan, persekolahan anak-anak dan lain-lain bil bulanan yang perlu dijelaskan.
2. Berbelanja mengikut kemampuan. Mulakan amalan berjimat cermat dan jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda sukakan sesuatu barang seperti tas tangan atau kasut yang sedang dijual dengan harga murah tetapi anda tidak memerlukannya, jangan sekali-kali melayan nafsu tersebut!
3. Gunakan kad kredit dengan berhati-hati. Jika ada ura-ura bahawa organisasi anda akan membuang pekerja sebagai langkah mengurangkan kos operasi, anda harus berhati-hati di dalam penggunaan kad kredit. Ini bukan masanya untuk menambah hutang yang membebankan apatah lagi dengan kadar faedah pembayaran balik yang begitu tinggi.
4. Semak semula perbelanjaan bulanan. Senaraikan segala hutang-hutang dan bil-bil yang perlu dibayar setiap bulan. Lihat kepentingan perbelanjaan bulanan anda. Jika terdapat perbelanjaan yang tidak begitu penting, keluarkanlah ia dari senarai dengan menamatkan perkhidmatan tersebut.
5. Gunakan wang yang ada dengan sebaik mungkin. Ini bukan masa yang sesuai untuk membazirkan wang ringgit anda. Gunakan wang hanya untuk perbelanjaan yang benar-benar penting. Aktiviti seperti melancong ke luar negara, membeli-belah barang kemas dan barangan berjenama yang mencecah ratusan atau ribuan ringgit eloklah dielakkan pada waktu ini.
6. Luaskan rangkaian anda. Selagi anda masih berada di dalam alam pekerjaan, ambil peluang tersebut untuk meluaskan rangkaian pergaulan, terutama dengan pelanggan-pelanggan organisasi atau sesiapa sahaja yang berpengaruh yang boleh membantu anda. Perkenalkan diri, beritahu tugas yang anda lakukan di dalam organisasi anda dan hulurkan kad perniagaan (business card) secara spontan. Minta kad perniagaan mereka, jika mereka tidak keberatan untuk memberi. Ini akan memudahkan anda menghubungi mereka, jika keadaan memerlukan anda berbuat demikian.
7. Teruskan menimba ilmu. Sesetengah organisasi amat mengambil berat tentang kualiti pekerja dan menawarkan beberapa program ilmuan kepada pekerja yang berminat untuk menimba ilmu sambil bekerja. Jika organisasi anda ada menawarkan program seperti ijazah di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan organisasi anda, jangan lepaskan peluang tersebut. Pilihlah bidang yang anda minati dan tambahkan lagi ilmu pengetahuan anda. Tindakan ini dapat membantu anda menguatkan lagi resume anda apabila keadaan mendesak anda untuk mencari pekerjaan baru.
8. Mula cari pekerjaan baru. Tidak semua organisasi bertindak untuk mengurangkan tenaga kerja. Di dalam keadaan tertentu seperti ingin mengembangkan atau memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada atau mencari pengganti pekerja yang telah berhenti kerja, ada sesetengah organisasi yang masih memerlukan tenaga kerja baru. 'Buka mata dan telinga' dengan perkembangan sebegini dan jika kekosongan tersebut menepati kemahiran yang anda miliki, jangan buang masa. Teruskan dengan permohonan anda, apatah lagi jika tawaran tersebut lebih baik daripada apa yang anda terima sekarang.
9. Luaskan skop mata pencarian. Pencarian pekerjaan anda tidak harus terhad di bumi Malaysia sahaja. Jika anda mempunyai kenalan yang bekerja di luar negara, rajin-rajinlah bertanya tentang peluang pekerjaan di sana. Jika tiada, layari sahaja internet untuk mencari peluang pekerjaan yang terdapat di negara-negara yang sedang hebat membangun seperti Abu Dhabi, Dubai, Qatar dan sebagainya.