Saturday, November 29, 2008










Google Groups
Pekerja kilang paling awal diberhenti kerja
PETALING JAYA – Pekerja industri elektrik dan elektronik dijangka menjadi kumpulan terawal diberhentikan kerja dalam suasana kemelesetan ekonomi dunia yang sudah pun berlaku.
Sektor itu menjadi sasaran awal berikutan kebanyakan kilang-kilang besar itu dimiliki syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, banyak syarikat AS sudah terasa bahang kemelesetan apabila permintaan terhadap produk masing-masing susut.
“Kesan pemberhentian pekerja ini akan terasa dulu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan kemudian Lembah Klang,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Buku Occupational Health For Health Care Professionals di sini semalam.
Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian, sudah ada kilang-kilang yang mengurangkan jumlah pengeluaran, masa operasi dan bilangan pekerja bagi proses pemasangan.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Subscribe to VssClub

Email:


Visit this group

Tuesday, November 25, 2008

Jangan tolak permohonan usahawan

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) diseru supaya tidak mengamalkan sikap diskriminasi dan menolak permohonan pembiayaan bagi projek-projek usahawan tempatan yang berpotensi berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, DFI merupakan institusi khas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan para usahawan.
Beliau berkata, keperluan usahawan meliputi penyusunan dan penstrukturan semula kemudahan kredit sedia ada bagi mengurangkan beban kewangan perlu dilayan.
''DFI perlu memberi lebih fleksibiliti dan berbincang dengan pelanggan masing- masing untuk menstruktur kemudahan pembiayaan sedia ada mereka,'' katanya.
Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Penasihat kepad Kementerian Kewangan, Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail yang mewakili Nor Yakcop pada majlis perasmian Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DFI, di sini hari ini.
Selain itu, Nor Yakcop berharap DFI dapat mengadaptasi amalan kerja terbaik daripada bank swasta seperti dalam aspek tadbir urus korporat dan ketepatan modal.
''Sekiranya DFI menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sama seperti bank swasta maka tujuan awal penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan bagi agenda pembangunan negara akan terbantut.
''Fungsi lain DFI juga adalah menyediakan kemudahan pembiayaan yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan swasta,'' jelasnya.
Selain itu, Nor Yakcop menggesa DFI memberi penekanan kepada golongan usahawan daripada industri kecil dan sederhana kerana kumpulan tersebut merupakan segmen terpenting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Katanya, selain membantu kumpulan berkenaan daripada aspek pembiayaan, IKS juga boleh dibantu daripada sudut menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan sebagai usaha menjadikan mereka lebih bersedia dan berdaya saing menghadapi persekitaran ekonomi yang lebih mencabar.
''Pengurusan risiko juga adalah perkara penting bagi memastikan sesebuah syarikat itu lebih kukuh menghadapi sebarang cabaran pada masa depan, oleh itu, FDI boleh membantu usahawan IKS untuk mengamalkan pengurusan risiko bagi meneruskan perniagaan mereka untuk jangka panjang,'' terang beliau.
Petikan dari utusan







Google Groups

Subscribe to VssClub

Email:


Visit this group

Monday, November 24, 2008

Sumber Pembiayaan Di Malaysia

cakap2 tentang sumber pembiayaan yg ada di malaysia..mostly initiative dari kerajaan:
-cip
-pre
-seed funding mdec
-smidec
-sme bank
-mimos
-mtdc
-mara
-punb
-mosti

Sesiapa yang ada info, boleh bagitau lagi.

Payung Sebelum Diberhentikan

KEMENANGAN Barack Obama sebagai presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini membawa seribu harapan, bukan sahaja bagi rakyat AS tetapi juga rakyat di seluruh dunia, agar beliau dapat memulihkan ekonomi negara tersebut secepat mungkin.
Kejatuhan ekonomi AS menyebabkan, negara-negara lain di seluruh dunia turut menerima tempias. Kesan daripada kegawatan ekonomi tersebut termasuklah kenaikan harga barang, ribuan pekerja kehilangan pekerjaan, peniaga terpaksa menutup perniagaan, kegagalan graduan-graduan mendapat pekerjaan, rakyat terpaksa mengikat perut dan mengambil langkah berjimat cermat dan sebagainya.
Namun, kemenangan Obama tidak akan dapat memulihkan kegawatan ekonomi dengan serta-merta. Banyak perancangan rapi yang perlu dibuat, ramai pemimpin dunia yang perlu diajak berbincang dan semua ini memerlukan masa, sekurang-kurangnya setahun atau dua.
Sementara itu, organisasi yang semakin tenat tetap akan mengambil langkah memberhentikan pekerja sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan kos operasi.
Kini, angka rakyat AS yang kehilangan pekerjaan sudah mencecah 10 juta. Memang satu keadaan yang amat menakutkan.
Sebagai pekerja, anda tidak dapat lari daripada menjadi mangsa keadaan. Jadi, apakah yang perlu anda lakukan sebagai persediaan sebelum diberhentikan kerja, sama ada secara sukarela atau terpaksa?
Tindakan bersedih, bermurung dan merasa kecewa dengan apa yang terjadi hanya akan memburukkan keadaan dan tidak akan dapat membantu anda dan keluarga tercinta.
Namun, jangan terlalu cepat putus asa. Sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan kehilangan pekerjaan disebabkan kegawatan ekonomi, anda perlu membuat perancangan awal (sebelum diberhentikan kerja) dengan mengambil langkah-langkah yang disebut di bawah ini:
1. Sediakan Tabung Kecemasan. Dengan gaji yang sedia ada, ketepikan jumlah wang yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan kehidupan selama tiga hingga enam bulan yang akan datang. Ini termasuk perbelanjaan untuk membayar pinjaman rumah, kereta, makanan, persekolahan anak-anak dan lain-lain bil bulanan yang perlu dijelaskan.
2. Berbelanja mengikut kemampuan. Mulakan amalan berjimat cermat dan jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda sukakan sesuatu barang seperti tas tangan atau kasut yang sedang dijual dengan harga murah tetapi anda tidak memerlukannya, jangan sekali-kali melayan nafsu tersebut!
3. Gunakan kad kredit dengan berhati-hati. Jika ada ura-ura bahawa organisasi anda akan membuang pekerja sebagai langkah mengurangkan kos operasi, anda harus berhati-hati di dalam penggunaan kad kredit. Ini bukan masanya untuk menambah hutang yang membebankan apatah lagi dengan kadar faedah pembayaran balik yang begitu tinggi.
4. Semak semula perbelanjaan bulanan. Senaraikan segala hutang-hutang dan bil-bil yang perlu dibayar setiap bulan. Lihat kepentingan perbelanjaan bulanan anda. Jika terdapat perbelanjaan yang tidak begitu penting, keluarkanlah ia dari senarai dengan menamatkan perkhidmatan tersebut.
5. Gunakan wang yang ada dengan sebaik mungkin. Ini bukan masa yang sesuai untuk membazirkan wang ringgit anda. Gunakan wang hanya untuk perbelanjaan yang benar-benar penting. Aktiviti seperti melancong ke luar negara, membeli-belah barang kemas dan barangan berjenama yang mencecah ratusan atau ribuan ringgit eloklah dielakkan pada waktu ini.
6. Luaskan rangkaian anda. Selagi anda masih berada di dalam alam pekerjaan, ambil peluang tersebut untuk meluaskan rangkaian pergaulan, terutama dengan pelanggan-pelanggan organisasi atau sesiapa sahaja yang berpengaruh yang boleh membantu anda. Perkenalkan diri, beritahu tugas yang anda lakukan di dalam organisasi anda dan hulurkan kad perniagaan (business card) secara spontan. Minta kad perniagaan mereka, jika mereka tidak keberatan untuk memberi. Ini akan memudahkan anda menghubungi mereka, jika keadaan memerlukan anda berbuat demikian.
7. Teruskan menimba ilmu. Sesetengah organisasi amat mengambil berat tentang kualiti pekerja dan menawarkan beberapa program ilmuan kepada pekerja yang berminat untuk menimba ilmu sambil bekerja. Jika organisasi anda ada menawarkan program seperti ijazah di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan organisasi anda, jangan lepaskan peluang tersebut. Pilihlah bidang yang anda minati dan tambahkan lagi ilmu pengetahuan anda. Tindakan ini dapat membantu anda menguatkan lagi resume anda apabila keadaan mendesak anda untuk mencari pekerjaan baru.
8. Mula cari pekerjaan baru. Tidak semua organisasi bertindak untuk mengurangkan tenaga kerja. Di dalam keadaan tertentu seperti ingin mengembangkan atau memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada atau mencari pengganti pekerja yang telah berhenti kerja, ada sesetengah organisasi yang masih memerlukan tenaga kerja baru. 'Buka mata dan telinga' dengan perkembangan sebegini dan jika kekosongan tersebut menepati kemahiran yang anda miliki, jangan buang masa. Teruskan dengan permohonan anda, apatah lagi jika tawaran tersebut lebih baik daripada apa yang anda terima sekarang.
9. Luaskan skop mata pencarian. Pencarian pekerjaan anda tidak harus terhad di bumi Malaysia sahaja. Jika anda mempunyai kenalan yang bekerja di luar negara, rajin-rajinlah bertanya tentang peluang pekerjaan di sana. Jika tiada, layari sahaja internet untuk mencari peluang pekerjaan yang terdapat di negara-negara yang sedang hebat membangun seperti Abu Dhabi, Dubai, Qatar dan sebagainya.

Sunday, November 23, 2008

Masalah Pemberhentian Kerja Di N9

"Pada hujung Oktober 2008 sebuah kilang yang telah lama beroperasi di N.Sembilan dengan tenaga kerja sekitar 1000 orang telah menghentikan operasi. Semua pekerja yang diberhentikan telah mendapat pampasan yang sewajarnya. Sebelum dari itu beberapa kilang di N.Sembilan telah mengecilkan saiz operasi mereka.
Ada yang menawarkan Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS – Voluntary Seperation Scheme) , ada yang memotong elaun pekerja dan pelbagai langkah lain. Ada juga kilang yang telah memberhentikan operasi mereka di Negeri Sembilan ini tanpa notis , akibatnya pekerja di kilang tersebut langsung tidak mendapat pampasan dan pembelaan yang sewajarnya juga dalam kes yang lebih teruk beberapa bulan gaji mereka yang terakhir tidak diperolehi.
Kalau kita membuat tinjauan sendiri di beberapa kawasan industri di N.Sembilan ini , terdapat begitu banyak premis industri , tapak kilang , tanah industri yang terbiar samada milik swasta mahupun milik perbadanan kerajaan negeri contohnya seperti di kawasan industri Chembong , Rembau dan Kawasan Perindustrian Senawang.
Akibat dari masalah pemberhentian kerja ini , ianya membawa rantaian kepada pelbagai masalah lain. Antaranya ialah masalah banyak taman perumahan di Negeri Sembilan ini yang mempunyai rumah-rumah kosong yang tidak dihuni. Kesukaran untuk mencari penyewa-penyewa , jika ada pun penyewa bayaran sewa adalah kurang dibanding dengan bayaran bulanan pinjaman bank. Bayangkan ada rumah teres 2 tingkat 20 ka x 60 ka di Seremban ini yang bayaran pinjaman bulanannya RM 800 , disewa pada harga RM 350 sebulan.
Justeru itu akhir-akhir ini banyak terdapat gerai-gerai nasi lemak , gerai-gerai kuih tumbuh bagai cendawan di Seremban ini , sebagai salah satu usaha untuk mencari rezeki yang halal.
Peniaga kecil di Senawang ini berniaga kebanyakan mereka atas usaha mereka sendiri. Tiada usaha yang bersepadu untuk membantu mereka ini untuk memulakan perniagaan. Saya kenal seorang peniaga di Senawang ini yang pada tahun ini saja sudah 3 kali berpindah premis perniagaan kerana tidak mampu membayar sewa kedai. Tidak hairanlah peniaga Melayu yang berjinak-jinak berniaga hanya mampu berniaga di warung dan gerai-gerai.
Boleh dikatakan tiada langsung konsep Gerai MARA , Bengkel MARA seperti satu masa dahulu di Senawang ini untuk membantu usahawan-usahawan terutamanya mereka yang baru lulus IKM, ILP, Giat Mara mahu pun Universiti. Kalau ada pun hanya di kawasan Ampangan , itu pun bengkel dan gerai-gerainya begitu usang.
Ada pula gerai milik pihak berkuasa tempatan lokasinya tidak strategik , konsep pembinaannya pula bukan mengikut kehendak semasa , contohnya seperti di Taman Tuanku Jaafar , Senawang yang telah bertahun-tahun siap namun tidak dapat disewakan , walaupun setelah siap ada dibuat pengubahsuaian.
Oleh itu semua pihak di negeri ini baik kerajaan negeri , persatuan mahu pun individu harus bersama memikirkan cara untuk mengatasi masalah pengangguran , masalah pemberhentian kerja , masalah banyak rumah kosong , masalah banyak kilang ditinggalkan yang membawa kepada pelbagai masalah lain seperti kes jenayah yang meningkat , masalah penyakit berjangkit yang meningkat dan sebagainya.
Antara langkah mengatasi pengangguran yang boleh diambil ialah :
1. Mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yand terdiri dari semua parti politik baik pemerintah mahu pun pembangkang untuk mempastikan mereka yang memerlukan bantuan mendapat pembelaan yang sewajarnya melalui pelbagai skim bantuan yang ada sekarang ini seperti pinjaman TEKUN, pinjaman MARA, kelulusan Lesen Perniagaan, bantuan Baitul Mal dan sebagainya.
2. Mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk mempastikan pekerja yang diberhentikan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
3. Menawarkan pelbagai insentif baru yang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa untuk menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini seperti potongan cukai , khidmat nasihat kelulusan perniagaan dan sebagainya.
4. Menawarkan tambahan insentif kepada pelabur yang mengambil ramai pekerja tempatan khususnya anak Negeri Sembilan di negeri ini agar pengambilan pekerja asing dapat dikurangkan.
5. Menawarkan bantuan kepada anak Negeri Sembilan yang bekerja di negeri ini yang bekerja di sektor swasta dengan status pekerja tetap serta memperolehi gaji kurang dari RM 600 dengan bantuan kupon makanan asas dan sebagainya. Ini adalah kerana antara masalah utama kenapa pelabur sukar mencari pekerja tempatan ialah pekerja tempatan sering bertukar-tukar kerja mencari kerja yang menawarkan gaji yang lebih kerana ada industri dan syarikat swasta di negeri ini menawarkan gaji kurang RM 500 sebulan di negeri ini.
6. Memulakan kembali konsep bengkel MARA, gerai MARA yang bukan sahaja diusahakan oleh MARA , malah agensi kerajaan yang lain untuk membantu peniaga-peniaga kecil seperti bengkel motosikal, bengkel kereta, kedai komputer, kedai elektrik dan sebagainya.
7. Menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan yang boleh menambahkan peluang pekerjaan dengan mempastikan setiap premis pelancongan di negeri ini yang masih tidak dikenali oleh anak Negeri Sembilan ini sentiasa dalam keadaan ceria , bersih dan terjaga untuk menggamit kedatangan pelancong seperti Muzium Kota Lukut , Muzium Negeri , Muzium Adat , Muzium Seri Menanti , Muzium Angkatan Tentera Port Dickson dan sebagainya.
8. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini dengan mengekalkan jawatan tetap yang sedia ada dan menambah jawatan kontrak.
9. Mewujudkan lebih banyak SARA dan kelas KAFA di setiap daerah di negeri ini , dengan ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sebagai guru SARA atau KAFA serta menaikkan gaji guru SARA yang agak rendah di Negeri Sembilan ini dibandingkan dengan negeri lain. Buat sasaran setiap masjid di negeri ini perlu ada sekurang-kurangnya satu SARA.
10. Mewujudkan jawatan Pegawai Baitul Mal untuk setiap masjid di negeri ini , dengan ini dapat mempastikan mereka yang mendapat bantuan Baitul Mal ialah mereka yang benar-benar memerlukan bantuan serta mendapat bantuan segera.
Banyak cadangan lain yang boleh difikirkan untuk menangani masalah pengangguran di negeri ini. Pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus memainkan peranan mereka.
Pihak persatuan, pihak masjid malahan individu juga harus memainkan peranan mereka dengan membantu mereka-mereka yang kita kenali yang memerlukan bantuan kita bantu mengikut kemampuan kita samada memberi khidmat nasihat , memberi bantuan modal berniaga , memberi pinjam premis perniagaan , berkongsi premis perniagaan dan sebagainya.
InsyaALLAH jika kita sama-sama mengharungi kesukaran kegawatan ekonomi ketika ini , kita akan berjaya menghadapinya. Tapi jika kita jadi buat tak kisah, terpulanglah , jawablah nanti di akhirat bila ditanya oleh ALLAH.

Jangan Risau Jika Diberhentikan Kerja

"Sekarang ekonomi makin gawat , ada syarikat di Malaysia ini sudah hentikan operasi mereka , kurangkan pekerja mereka , buat tawaran VSS , potong elaun , potong gaji dan macam-macam lagilah cara dilakukan untuk menghadapi masalah ekonomi global yang semakin meruncing.Cakap memanglah senang jangan risau kalau diberhentikan kerja tapi kalau kena pada diri sendiri nak tak nak runsing juga kerana ini ialah lumrah insan.
Berikut ialah PANDUAN (TIP) Bagaimana Hendak Mengatasi Kemurungan Akibat Diberhentikan Kerja yang saya ambil dari beberapa sumber. Semoga ALLAH permudahkan kita menghadapi krisis ekonomi ini sebagaimana ALLAH memberi ilham kepada Nabi Yusuf satu ketika dulu ketika kerajaan negeri Mesir yang hebat menghadapi masalah krisis ekonomi yang lebih hebat.
PANDUAN ini adalah percuma dan boleh disebarkan , niat saya agar kita sama-sama mendapat manafaat dan keredhaan ALLAH hendaknya.
1. Sedih – Rasa sedih kerana pengangguran atau hilang pekerjaan adalah perkara biasa , tumpukan perhatian pada masa depan.
2. Komunikasi – Jangan memendam perasaan – berceritalah pada rakan-rakan atau saudara mara yang dipercayai mengenai masalah anda.
3. Kemaskini Resume – Kemaskini resuma anda dengan maklumat pengalaman pekerjaan yang terkini. Resume hendaklah dicetak atas kertas yang berkualiti tidak lebih dua mukasurat.
4. Kumpulkan Surat Sokongan – Mohon surat sokongan dari bekas majikan , guru-guru atau pemimpin setempat.
5. Hubungan – Maklumkan kepada semua yang kita kenali yang kita sedang mencari pekerjaan. Beberapa pekerjaan boleh didapati mungkin melalui kenalan kita.
6. Buka Mata – Cari Expo Pekerjaan , Seminar , Kumpulan Sokongan yang mungkin boleh membantu anda.
7 Jangan Hanya Bergantung Pada Iklan Di Akhbar – Tahu tidak pada hanya 5% kerja kosong diiklankan di akhbar ? Bina perhubungan atau tanya mana-mana syarikat yang ada kerja kosong atau borang kerja kosong.
8. Firma Swasta – Jadi pekerja sementara jika tiada pekerjaan tetap. Kadang-kadanag pekerja sementara akan diambil sebagai pekerja tetap.
9. Persatuan Bekas Pelajar – Hubungi bekas teman sama belajar kita dahulu samada di sekolah , kolej atau universiti jika mereka tahu ada kekosongan kerja.
10. Khidmat Tentera – Cuba fikirkan perkhidmatan tentera dan lain-lain sebagai satu alternatif. Hubungi pihak ATM peluang untuk menyertai sebagai tentera secara tetap atau sebagai askar wataniah.
11. Skim Latihan – Hubungi agensi kerajaan yang menyediakan skim latihan khusus untuk mereka yang diberhentikan kerja atau menganggur.
12. Internet – Internet adalah cara terbaik untuk mencari kerja. Guna laman web mencari pekerjaan yang banyak terdapat ketika ini.
13. Jadikan Hobi Sebagai Sumber Pendapatan – Hobi kita mungkin menjadi satu sumber pendapatan. Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan yang boleh membantu usahawan kecil.
14. Sukarelawan – Luangkan lebih masa menjadi sukarelawan di mana-mana pertubuhan. Banyak pengalaman akan ditimba dan banyak orang yang kita akan kenali. Pastikan pengalaman kita sebagai sukarelawan dinyatakan dalam resume kita. Di Negeri Sembilan saya membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai Sukarelawan AMAL , maklumat lanjut di pautan berikut http://yam-ns.blogspot.com atau http://unitamaln9.blogspot.com
15. Suka-Suka Temuduga – Pergilah hadir mana-mana sessi temuduga bukan setakat suka-suka tapi untuk kumpul maklumat dan meningkatkan kemahiran ketika di temuduga. Pastikan anda tanyakan beberapa soalan kepada penemuduga untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda.
16. Tanya Selepas Temuduga – Jangan fikir jika anda tidak dihubungi selepas temuduga kerja tersebut sudah diambil oleh orang lain – hubungi semula syarikat berkenaan untuk kepastian.
17. Maklumbalas Temuduga – Jika anda tidak diambil bekerja , tanya dengan cara yang baik kepada penemuduga kenapa mereka tidak memilih anda. Adakah kerana kurang pengalaman , bidang pengajian , gaji yang tinggi dan sebagainya. Supaya anda tahu kelemahan anda untuk diperbaiki.
18. Kunjungi Perpustakaan – Buat kajian terhadap syarikat yang anda hendak pergi temuduga atau buat kajian syarikat atau industri yang hampir serupa.
19. Matlamat Harian – Tentukan objektif harian kita berapa syarikat untuk dihubungi setiap hari. Jadikan pekerjaan mencari kerja sebagai pekerjaan anda dan buatkan jadual harian.
20. Bajet Kewangan – Bajet kewangan yang anda ada dan pastikan anda tidak berbelanja melebihi bajet anda.
21. Keutamaan – Bincang dengan ahli keluarga anda mengenai keutamaan harian. Jika perlu hentikan perkhidmatan televisyen berbayar , makan luar , telefon kedua dan sebagainya
22. Pertukaran Kerja – Buat sistem TUKAR (BARTER) samada barter barangan atau perkhidmatan dengan sanak saudara atau rakan-rakan anda. Contohnya anda membersihkan laman rumah kenalan anda dan kenalan anda yang tahu baiki kereta akan baiki kereta anda yang rosak.
23. Tunai Dan Kredit – Jangan bawa wang tunai lebih dari apa yang anda perlukan setiap hari. Juga sorokkan atau batalkan ked kredit anda. Apabila anda keluar berjalan nak tak nak kita akan terdorong membeli sesuatu jika ada lebih wang tunai atau kad kredit.
24. Kaunseling Kredit – Jika anda ada masalah kredit cuba hubungi kaunselor yang menyediakan perkhidmatan percuma. Mereka akan menasihati anda bagaimana hendak menguruskan kredit tertunggak anda seperti memohon rayuan pada pihak bank mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan sebagainya.
25. Perkhidmatan Kerajaan – Cari perkhidmatan atau program kerajaan yang percuma seperti kursus , latihan , bantuan makanan dan sebagainya.
26. Bersenam Setiap Hari – Pergilah berjogging. Ianya akan menjadikan anda bertenaga untuk mencari pekerjaan. Untuk umat Islam yang lelaki amalkan solat jemaah di masjid berhampiran.
27. Sentiasa Ceria – Pastikan anda sentiasa kemas , menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Ianya akan menjadikan anda rasa yakin. Sentiasa pastikan pakaian untuk ke temuduga sentiasa kemas dan tersedia dalam almari.
28. Jaga Pemakanan – Makan makanan yang sihat dan jangan makan makanan mengarut. Ianya mempengaruhi sikap anda.
29. Rokok – Fikir wang yang akan anda jimatkan jika tidak merokok. Seorang perokok boleh membelanjakan purata RM 300 sebulan hanya untuk rokok. Rokok membahayakan kesihatan itu Amaran Kerajaan Malaysia. Merokok adalah Haram atau Makruh itu pendapat ulama. Tak ada pula kita pernah dengar merokok itu wajib atau sunat.

30. Belanja Diri Sendiri – Tak salah sekali sekala anda belanja diri anda sendiri , tapi pastikan biarlah berjimat cermat.
INGAT ! Bukan anda seorang yang dibuang kerja atau menganggur. Dibuang kerja, diberhentikan kerja, menganngur adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi kepada mereka yang bekerja. Sentiasa berfikiran positif dan jadikannya sebagai satu proses pembelajaran. Lebih banyak kita berfikiran positif , lebih cerah peluang kita untuk mendapatkan pekerjaan. Befikiran positif ini ialah sentiasa berlapang dada dan redha dan terus berusaha.